Search
Topics
  Create an account Home  ·  Topics  ·  Downloads  ·  Your Account  ·  Submit News  ·  Top 10  
INFO PPD BESUT
ALUAN
e-pengurusan team

BERITA BERGAMBAR

IMBASAN



:: ASMA UL HUSNA ::

BACAAN AL-QURAN


KANDUNGAN
· Home
· 10 Terhangat
· Akaun Anda
· Arkib Berita
· Cadangan
· Cari
· Hantar Berita
· Jurnal
· Kajian
· Koleksi_borang
· Koleksi_Gambar
· Maklum Balas
· Mesej Peribadi
· Muat Turun
· Sembang
· Senarai Ahli
· Shout_Box
· Statistik
· Web Links

Online Sekarang
There are currently, 11 guest(s) and 2 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Ringkasan Muat Turun
Jumlah Fail: 41
Jumlah Kategori: 9
Jumlah Kesemua: 909


o Fail Terbaru o
o 1: Azan (6)
[Ditambah pada: 09-Jun-2008]

o 2: ePPDA 2007 Setiu (2)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 3: ePPDA 2007 Kuala Terengganu Utara (4)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 4: ePPDA 2007 Kemaman (5)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 5: ePPDA 2007 Dungun (3)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 6: ePPDA 2007 Marang (3)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 7: ePPDA 2007 Kuala Terengganu Selatan (4)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 8: ePPDA 2007 Hulu Terengganu (6)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 9: ePPDA 2007 Besut (9)
[Ditambah pada: 09-May-2008]

o 10: Slaid lantikan dan tugas guru media (12)
[Ditambah pada: 02-Apr-2008]


o Kemaskini Terkini o

o Paling Popular o
o 1: Hapus Amaran Microsoft is Not Genuine.
[Dimuatturun: 114 kali]

o 2: Dos2Usb
[Dimuatturun: 73 kali]

o 3: Virus Killer
[Dimuatturun: 56 kali]

o 4: Sistem Rangkaian
[Dimuatturun: 50 kali]

o 5: Fail Kuasa
[Dimuatturun: 41 kali]

o 6: AVG Anti-Virus Free Edition 7.5
[Dimuatturun: 39 kali]

o 7: Active Virus Shield
[Dimuatturun: 38 kali]

o 8: XP-Antyspy
[Dimuatturun: 32 kali]

o 9: SimpleOCR
[Dimuatturun: 31 kali]

o 10: Mp3 / Wma converter 1.5
[Dimuatturun: 31 kali]


Pejabat Pelajaran Daerah Besut
Downloads



TAHUKAH ANDA?
1. Apakah persamaan di antara negara Brunei dengan Bahrain,Kuwait dan Qatar? Kesemua negara ini tidak mengenakan cukai pendapatan di kalangan rakyatnya.

2. Seekor afid (kutu) kobis boleh menghasilkan anak paling banyak dalam setahun berbanding semua haiwan mahupun serangga di dunia.

3. Secawan susu panas boleh membantu mereka yang menghadapi masalah tidur di waktu malam.Zat kalsium yang terdapat dalam susu boleh membantu menenangkan urat saraf di waktu malam.

4.  Monaco adalah negara paling kecil di Eropah. Pesisir pantainya sepanjang 5.6km sahaja. Kepadatan penduduknya adalah tinggi, 39000 orang setiap 2.6km persegi.

RENCANA PILIHAN
1. Petunjuk komputer terkena jangkitan virus.
2. Kemalangan Jalan Raya.
3. Stres di kalangan guru.
4. Punca Stres Guru.
5. Pendidikan bertaraf dunia.






Terkini
Friday, June 13
· KEJOHANAN OLAHRAGA SK. PADANG LUAS
Saturday, June 07
· PEMIMPIN YANG ADIL & AMANAH
Monday, May 26
· Gagal Merancang Adalah Perancangan Untuk Gagal
Thursday, May 22
· Kejadian Nabi Adam AS.
Tuesday, May 20
· 7 PERALATAN BERTANYA MINDA
· Portal rasmi SK.Permaisuri Nur Zahirah
Saturday, May 17
· TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN
· Insentif Baru Kakitangan Awam
Thursday, May 15
· SIKAP DAN NILAI
Tuesday, May 13
· SIFAT-SIFAT RASULULLAH SAW.

Older Articles

Harian Metro
Currently there is a problem with headlines from this site

PTK
·Pemberitahuan
·Pemberitahuan
·Pemberitahuan
·Pemberitahuan
·Pemberitahuan
·Pemberitahuan

read more...

PERKHIDMATAN

MAKLUMAT KESIHATAN

1. Lima tanda sakit jantung : *Kelesuan. *Aktiviti menjadi terhad. *Dada terasa sesak. *Buku lali bengkak atau edema. *Sesak nafas.

2.PENING MIGRAIN
Mengikut Persatuan Perubatan Amerika, pening migrain berpunca daripada peningkatan sensitiviti sistem saraf kepada sesuatu makanan ataupun suasana, dan tindak balas yang berlaku memberi kesan negatif kepada pembuluh darah dan saraf pada bahagian kepala, sehingga menyebabkan pening yang kuat. Bagi sesetengah pesakit, pening migrain menyerang apabila mereka mengambil makanan tertentu seperti alkohol, coklat, keju atau cheese, kacang, dadih, ubat perancang, makanan yang dicampurkan dengan monosodium glutamate atau ajinomoto, minuman yang mengandungi kafeina dan daging yang diawet atau preserved meat. Justeru, pesakit-pesakit migrain perlu memilih makanan dan minuman mereka secara bijak.

3. GOUT
Gout terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama: * badan menghasilkan lebih asid uric * asid uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan Asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).

VIDEO 5 MINIT

PERMAINAN


Laman Permainan
Spot Quiz
World Lab
Hang A Roo XP
Hang A Roo 2
Hang A Roo 1
Teka Silang Kata
Memori
Teka Matematik
Mystery
World
Mari Mencongak

Extreme Racing 2
Desert Ambush




ICT Literacy

Rancangan Mengajar (M)

Rancangan Mengajar (R)

Bahan Umum

JPA TERKINI
·Pekeliling Perkhidmatan Bil 12/2008
·Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2008
·Sebut Harga: JPA(S)22/2008
·Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa Dalam Negara Sesi 2008/2009
·KDI School – Colombo Plan Long Term Scholarship Program 2009/2010
·Sebut Harga: JPA(S)21/2008
·Malaysian Leadership Development Program For Middle Management Level (Managers)
·Pertukaran JUSA: Ogos 2008
·Sebut Harga: JPA(S)20/2008
·Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa Program Ivy League Universities dan Setara

read more...

Hari Guru

Dari Meja PPD

Pentadbir Portal PPD Besut mengalu-alukan hebahan @ pengumuman aktiviti atau program yang melibatkan institusi pelajaran di Daerah Besut khususnya. Para pengguna berdaftar boleh menggunakan ruangan kalendar/peristiwa untuk makluman ringkas. Jika hebahan yang lebih detail, sila gunakan ruangan kiriman artikel. Anda juga boleh menghantar emel kepada kami: epengurusan.ppdbesut@gmail.com

BORANG / PANDUAN / SOFTWARE

1. Borang tuntutan perjalanan dalam negeri (doc) 2. Tambang teksi perjalanan dalam negeri (pdf) 3. Jarak perjalanan dalam negeri (pdf) 4. Software kew8 dan manual penggunaan (zip) 5. Borang tuntutan skim baucer tuisyen (doc) 6. Nota PTK Siswazah (zip) 7. Nota PTK bukan siswazah (zip) 8. Borang laporan kerosakan komputer PPDBesut ( doc ) 9. Borang tabung kebajikan NUTP - insentif pelajaran ( pdf ) 10. Hukuman ponteng sekolah (pdf) 11. ePantau SMK (zip) 12. ePantau SK (zip) 13. Software emis -cekemist 4.1 baru( zip ) 14.

PENGUMUMAN DARI PPD


Google
 
MANUSIA DILAHIRKAN CEMERLANG
Motivasi Ketahuilah, tuhan tidak menciptakan kita untuk gagal. Tuhan menciptakan manusia dalam keadaan cemerlang. Kitalah sendiri yang menjatuhkan diri kita ke tempat yang hina.

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang paling rendah (kerana tindak-tanduknya yang salah).
Quran: At-Tiin, ayat 4-5"


Apakah bukti bahawa manusia diciptakan dalam keadaan cemerlang?

........
Posted by raja on Thursday, August 28 @ 14:05:05 MYT (1 reads)
(Read More... | 3417 bytes more | Score: 0)



TERENGGANU TUANRUMAH PERTANDINGAN TARIAN SR DAN SM 2008
Berita Pendidikan
Besut, 13 Ogos -- Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dipilih sebagai tuanrumah bagi mengelolakan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah dan Menengah peringkat kebangsaan tahun ini.

Pertandingan tersebut akan diadakan dari 15 hingga 18 Ogos ini bertempat di Stadium Tertutup ,Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terenggganu.

Menurut Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Salleh Busu, pertandingan yang akan disertai oleh semua negeri itu akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang .

Beliau mempelawa guru dan pelajar sekolah datang menyaksikan pertandingan tersebut yang merupakan jarang-jarang sekali diadakan di Terengganu kerana secara kebetulan berlangsung dalam musim cuti persekolahan selama seminggu bermula 15 Ogos ini.

Oleh: NM
Posted by raja on Saturday, August 16 @ 18:53:41 MYT (17 reads)
(Read More... | Score: 0)



Koleksi Soalan Sains UPSR - kembali
News matskai writes "
Aslm...semua
Memandangkan murid sekarang ni tengah hangat menjawab soalan dari pelbagai sumber, ada yang ambil kesempatan berkongsi soalan percubaan dari negeri yang berlainan ada juga yang sibuk tanya rakan-rakan semata-mata untuk dijamukan kepada murid untuk kepastian dan menambahkan lagi keyakinan murid mendapat A dalam semua subjek.

Dengan tuntutan itulah saya berkesempatan mengumpul soalan KLON sebanyak 6 Set dalam bahasa melayu dan 4 set dalam bahasa inggeris.

Soalan ini dalam format ..."
Posted by raja on Saturday, August 02 @ 23:55:49 MYT (385 reads)
(Read More... | 2263 bytes more | comments? | Score: 0)



Isra' dan Mi'raj : Suatu Muhasabah
Agama mosasita writes "
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1)

Peristiwa Israʼ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur.

.............
"
Posted by raja on Saturday, August 02 @ 23:54:49 MYT (27 reads)
(Read More... | 21853 bytes more | comments? | Score: 0)



Blog Science - pertama kali dilancarkan
News matskai writes "
Aslm... dengan tuntutan zaman penuh bermaklumat, saya telah tergerak hati untuk membina sebuah Blog bermaklumat. Memandangkan saya mengajar matapelajaran sains ... dengan Rasminya Blog Sains -Khas untuk Sekolah rendah telah dilancarkan secara rasminya Pada 27 Julai 2008.

Antara kandungan Blog ini ialah: Nota & juga koleksi soalan sains Tahun 4 hingga 6. (Tahun 1-3) akan datang Yer.

Blog dengan mengunakan module WordPress Versi 2.0 mempunyai sistem yang stabil.Untuk melayari Blog ini sila klik (Read More)
"
Posted by raja on Monday, July 28 @ 09:01:08 MYT (70 reads)
(Read More... | 2584 bytes more | comments? | Score: 0)



HUKUM PAKAI GELANG
Agama mosasita writes "

ASSALAAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Assalamu alaikum warahmatullah, Muslimin dan muslimat yang berbahagia, Sebagai susulan kepada pertanyaan mengenai pemakaian gelang oleh lelaki dan pemakaian gelang atas tujuan perubatan, sukacita kami panjangkan huraian yang telah disusun semula oleh Pegawai Instinbat , Jabatan Mufti Perak, Ust Hj Zamri Hashim seperti berikut.

Salam.
Rahmat bin Abu Seman Eksekutif Kanan,
Unit Pentadbiran Masjid UTP

ADAB BERBINCANG DALAM MASALAH GELANG

Disusun semula oleh Hj Zamri bin Hashim (Jabatan Mufti Perak)

بسم الله الحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

......

"
Posted by raja on Sunday, July 27 @ 19:20:08 MYT (43 reads)
(Read More... | 19643 bytes more | comments? | Score: 0)



KALAU TAK SUKA PULANGKAN
Motivasi mosasita writes "

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.


...............
"
Posted by raja on Saturday, July 26 @ 22:37:16 MYT (50 reads)
(Read More... | 17144 bytes more | comments? | Score: 0)



SOALAN SAINS (DWIBAHASA) - Percubaan Perak
News matskai writes "
Jomlah download soalan sains dan cetak untuk anak murid kita... Klik (Read More) untuk mendapatkan URL fail tersebut"
Posted by raja on Thursday, July 24 @ 16:18:05 MYT (268 reads)
(Read More... | 496 bytes more | comments? | Score: 5)



Perubahan URL Laman Web
Makluman matskai writes "Kepada semua pengguna web sk anak ikan. sila tukar url daripada http://skaibesut.net kepada http://www.skaibesut.net . Harap maklum

Apakah kebaikan anda mengunjung laman sk anak ikan. Antaranya ialah:
(6 Perkara kenapa anda perlu)

1. Daily update (Sentiasa dikemaskini setiap hari)
2. Banyak bahan untuk dimuat turun (Download)
3. Terdapat 200 set soalan sains (Dwibahasa) pada ruangan download dan url khas.

klik read more untuk mengetahui url khas dan 3 kelebihan lagi"
Posted by raja on Thursday, July 24 @ 11:17:15 MYT (49 reads)
(Read More... | 1377 bytes more | comments? | Score: 0)



PENANGGUHAN TARIKH KEM PERKASA UPSR 2008
Makluman mosasita writes "
Oleh kerana pada 26 Julai 2008 dan 9 Ogos 2008 adalah Hari Sekolah berganti untuk cuti Hari Raya
pada 28 dan 29 Oktober 2008 maka tarikh kem perkasa UPSR akan di tangguhkan kepada tarikh berikut:-

Fasa 1 : 31 Julai hingga 2 Ogos 2008
Fasa 2 : 14 hingga 16 Ogos 2008.


Harap maklum.

3PD PK(K) PPD Besut."
Posted by raja on Wednesday, July 23 @ 08:07:45 MYT (35 reads)
(comments? | Score: 0)



PORTAL RASMI SK ANAK IKAN
BERITA TERKINI matskai writes "Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah mengumpul maklumat dan juga menyediakan setting yang terbaik dengan secara rasminya portal SK Anak Ikan berjaya dibina dengan bantuan rakan ICT serta tunjuk ajar group webmaster skai. Antara ciri-ciri portal ini ialah ....
"
Posted by raja on Wednesday, July 16 @ 10:58:57 MYT (54 reads)
(Read More... | 1340 bytes more | comments? | Score: 0)



Festival Nasyid 2008
Berita Pendidikan zulms writes "Kumpulan Nasyid Al-Hafiz dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II akan mewakili Sekolah Rendah Negeri Terengganu di Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2008M/1429H kali ke 5 yang akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 10 Julai 2008 (Khamis), bermula pada jam 2.00 petang.

Kumpulan Nasyid Al-Hafiz merupakan juara pertandingan nasyid peringkat negeri yang telah diadakan pada 10 Mei yang lalu. Kumpulan ini dianggotai oleh 9 orang murid iaitu Mohd Arifuddin (solo), Umar Hakimi, Nik Aminuddin, Amir Hakim, Mohd Hazmi, Muhd Zulakmal, Ahmad Alif Syazwan, Muhd Faiz, dan Amirul Haikal.

Dua buah lagu nasyid yang akan dialunkan di pertandingan nasyid tersebut ialah "Islam Hadhari Minda Bestari" dan "Jasa Ibu Ayah".

Diharapkan Kumpulan Nasyid Al-Hafiz ini akan dapat menjadi juara dan dapat memperkasa negeri Terengganu, daerah Besut dan SKTM II. Insya Allah, sama-sama kita doakan.
"
Posted by raja on Thursday, July 10 @ 11:40:06 MYT (50 reads)
(comments? | Score: 0)



BERISTERI 4
Agama mosasita writes "SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

.......
"
Posted by raja on Thursday, July 10 @ 11:36:48 MYT (54 reads)
(Read More... | 7785 bytes more | comments? | Score: 0)



I Rejab
Agama mosasita writes "
REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi pada hari Jumaat 4 Julai 2008. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa. Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan.

...................
"
Posted by raja on Sunday, July 06 @ 11:27:32 MYT (50 reads)
(Read More... | 6780 bytes more | Score: 0)



KOLEKSI SOALAN SAINS
News matskai writes "
Assalamualaikum Para Guru Yang aktif kat Portal Ni

Di sini saya bukanya nak berceloteh panjang *****a saya ada mengumpul soalan sains dwibahasa bahagian A dan Bahagian B UPSR 2008, kalau berminat bolehlah dimuat turun pada laman di bawah ..."
Posted by raja on Friday, July 04 @ 09:46:33 MYT (416 reads)
(Read More... | 739 bytes more | 1 comment | Score: 5)



TAKLIMAT PROGRAM PENAMBAH NILAI UPSR 2008
Berita Pendidikan mosasita writes "
Unit Kurikulum Rendah, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan Taklimat Program Penambah Nilai UPSR 2008 ( Program ZOOM-A ) di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu pada 01 Julai mulai 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Taklimat ini di hadiri oleh 70 orang Guru Penyelaras ICT sekolah terlibat yang dipilih dari semua daerah di Terengganu. Sementara taklimat pula di sampaikan oleh Pegawai dari One Touch Education Sdn Bhd, penyedia perisian pembelajaran Zoom-A secara interaktif.

Objektif Program ini ialah :

1. Membantu mempertingkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan murid.
2. Membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan murid, guru dan sekolah.
3. Mengikis pandangan serong terhadap penggunaan ICT yang dicemari oleh elemen pornografi.
4. Melahirkan murid yang celik IT dalam penggunaan pengetahuan ICT secara positif dan menghindari mereka daripada terjerumus ke kancah keruntuhan akhlak.
5. Melahirkan warga pendidik yang celik IT bersesuaian dengan arus perdana pendidikan dan wawasan negara.
6. Memastikan penggunaan makmal komputer dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya agar tidak dipersia-siakan.
7. Meletakkan kemajuan negara di persada antarabangsa selaras deangan era pengglobalisasian.

Kandungan Program Zoom-A ini antaranya :

1. ZOOM-A ( Penjana Kecemerlangan akademik)
2. GALERI A ( Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan )
3. WEBMEL ( Dimensi Baru Komunikasi Global )
4. WEBEDIT ( Modul Membina Laman Web )

Dalam setiap topik terdapat sub-topik yang pelbagai dan mencakupi semua kemahiran pembelajaran mengikuti sukatan pelajaran terkini. Program ini di berikan secara per*****a kepada JPN, PPD, Pengurusan Sekolah, Guru dan Murid Tahun 6. Manakala murid lain boleh mendapatkan langganan dengan kadar bayaran hanya RM10.00 setahun.


"
Posted by raja on Wednesday, July 02 @ 11:25:11 MYT (53 reads)
(comments? | Score: 0)



Lindungi komputer riba anda
ICT
PENGGUNAAN komputer 'laptop' atau komputer riba semakin mendapat sambutan di negara ini berikutan konsep mudah alih yang diketengahkan produk itu.


Segmen pengguna komputer riba di negara ini turut meliputi golongan profesional, pekerja kerajaan, peniaga dan pelajar.


Bagaimanapun, perlu diingat bahawa produk komputer riba ini adalah kelengkapan teknologi terkini yang sensitif dan mudah rosak sekiranya tidak dijaga dengan cermat.

...
Posted by raja on Monday, June 30 @ 12:51:47 MYT (77 reads)
(Read More... | 3194 bytes more | Score: 0)



Karnival KoKurikulum SKTM II
Makluman zulms writes "

SK Tengku Mahmud II akan mengadakan Karnival Kokurikulum SKTM II 2008, pada 28 Jun 2008 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hinggalah 12.00 malam.

Perasmian Pembukaan akan dilakukan oleh YB Tuan Haji Pehimi b. Yusof, ADUN Kota Putra pada jam 9.00 pagi. Manakala majlis penutupnya pula pada jam 5.00 petang, dilakukan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut. Pada kedua-dua majlis itu akan diadakan cabutan bertuah.

Karnival ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh SK Tengku Mahmud II dan ianya diadakan secara besar-besaran. Ianya bertujuan memberi pengalaman baru kepada murid-murid dan juga guru-guru dalam mendekati masyarakat dengan lebih efisyen serta dapat memperkasakan diri. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan penting pendidikan di sekolah.

Pelbagai program diadakan bagi mengisi Karnival ini, iaitu jualan gerai yang terdiri dari gerai makanan panas, makanan segera, minuman, gerai buah-buahan (FAMA), tanaman, makanan ringan, gerai karpet, gerai bunga-bungaan, aksesori, kraftangan, kain, pakaian dan mainan kanak-kanak.
Terdapat juga pameran-pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti FAMA, Pejabat Kesihatan Besut, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Trafik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Syarikat Kereta, Bank Agro, Bank Rakyat, BIMB dan banyak lagi.

Disamping itu juga, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Besut akan mengadakan Sukaneka Pra Sekolah Daerah Besut pada hari tersebut. Selain itu pihak sekolah juga mengadakan Sukaneka, persembahan pelajar seperti nyanyian solo, dikir barat, karaoke dan nasyid.

Kemuncak bagi Karnival ini ialah persembahan Mega Dikir Barat oleh kumpulan pendikir yang hebat seperti Megat Nordin, Jen Endoro, Cikgu Sulizi, meli Tumpok, Ayu Rosalinda, Badol Thailand, Pak Dor Raja Lawak dan Hamdan L.A. bermula pada pukul 9.00 malam.

Oleh itu datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Karnival tersebut.
"
Posted by raja on Tuesday, June 24 @ 00:01:52 MYT (216 reads)
(Read More... | Score: 0)



UNIT BERUNIFORM BERKAMPUNG
Makluman mosasita writes "
Pasukan Unit Beruniform sekolah iaitu Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan St John Ambulan akan berkampung di Tapak Perkhemahan Sekolah selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Jun ini.

Sepanjang tiga hari, berbagai pengisian akan dijalankan. Antaranya pertandingan pertolongan cemas, Kawad kaki Statik, Masakan dan persembahan malam kebudayaan.

Dalam pertandingan pertolongan cemas, tiga kategori kecederaan dilaksanakan iaitu patah, luka di kepala dan luka anggota badan. Manakala dalam pertandingan masakan, perserta yg terdiri dari 5 orang ahli setiap pasukan dikehendaki menyiapkan menu Nasi Goreng dan Sandwich.

Malam terakhir perkhemahan semua unit mengadakan satu persembahan bebas yang akan mengambil masa selama 20 minit. Semua pertandingan akan diambil markah dan dijumlahkan untuk mengetahui pasukan yang akan menjadi johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat.

Perasmian penutup dijangka akan dilakukan oleh Pegawai Memerintah Pengkalan TUDM Gong Kedak pada jam 11.00 pagi sabtu.

SK Bukit Puteri.
"
Posted by raja on Wednesday, June 18 @ 11:15:40 MYT (70 reads)
(comments? | Score: 0)



Transformasi pendidikan bermula 2010
Berita Pendidikan
KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

.................
Posted by raja on Saturday, June 14 @ 10:08:45 MYT (70 reads)
(Read More... | 2138 bytes more | comments? | Score: 0)



KPM TERKINI

·Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41
·Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(SABAH dan LABUAN)
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(JOHOR-Segamat,Kluang,Mersing & K.Tinggi)
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(PUTRAJAYA)
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(MELAKA&N.9-A.Gjh,Jasin,Melaka Tgh,Tampin dan Rembau)
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(MELAKA&N.SEMBILAN-A.Gajah,Jasin,Melaka Tgh,Tampin dan
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KELANTAN-Jeli, P.Mas, T.Merah, Machang, K.Krai dan G.
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (PERLIS & PULAU PINANG-Seberang Perai Selatan dan Pula
·Keputusan Kelulusan Pertukaran Model Bagi Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan ICT Dan Perabot Ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KEDAH-Kuala Muda/Yan, Langkawi, Baling dan Kulim)

read more...

USIK-USIK


sumber:portal pendidikan utusan

MAKLUMAT UMUM


Papan notis

Only registered users can shout. Please login or create an account.

PAUTAN

smssekolah

sad
ppsmi
efiling
gmail
bestari
BitDefender
pekeliling
akhbar
etukar
peta
sppis
eduwebtv

customized for ppdbesut
by kings


Kajian
Apakah Antivirus Paling Popular ?

Avast! Antivirus
AVG AntiVirus
BitDefender
PC-cillin
McAfee VirusScan
Kaspersky
ESET Nod32
Avira
Norton AntiVirus
Panda Antivirus
F-Secure Anti-Virus
Sophos Antivirus



Results
Polls

Votes: 54
Comments: 0

Berita hangat
Today's most read Story is:

MANUSIA DILAHIRKAN CEMERLANG

Maklumat
1. Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat DG32 (PPPLD) dan DG44 (PPPS) Secara "Time Based".

2. Takwim Sekolah 2008 dalam format pdf.



Dapatkan bahan bantuan mengajar dan muat turun perisian per*****a dari SINI

Lagu Tema Negeri Terengganu
IMPIANKU

Senarai pelajar yatim sekolah-sekolah daerah Besut 2007

Harap Maklum.

Pengendali Laman.

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Radio


© kings

PC Xtra
·Hadiah Hebat Dalam EDISI JULAI 2008
·Pesta Menimba Ilmu Di Pesta Buku 2008
·Produk Cantuman Memberikan Kebebasan?
·Dari Lensa CCTV Ke Tapak Web YouTube?
·Edisi 2008 Lebih Ceria, Mantap & PANAZ!
·Fuyoo, banyaknya telefon bimbit di Malaysia!
·Tunggu gegaran gelombang KETIGA internet?
·Pastikan laptop kesayangan anda selamat!
·Kemusykilan anda akan terjawab di sini!
·Nyesal juga, PC ni tak boleh main games!

read more...

Yahoo! Messenger
kings

MUTIARA KATA
1. Semakin tinggi tahap keangkuhan seseorang, semakin rendah tahap moralnya.

2. Baik buruk seseorang dinilai dari segi tingkah laku, pertuturan serta pemikirannya, bukan dari segi kehandalannya.

3. People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL!

4. Manusia, bila sudah senang, sering lupa dan leka. Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan

5. Lebih baik berdiam dari, daripada mengeluarkan kata-kata kesat.

6. Kegagalan itu satu pengalaman yang harus diperbaiki untuk mencapai kejayaan.

7. Ilmu adalah satu anugerah.Menuntutnya adalah satu kewajipan. Mengajarnya adalah satu tanggung jawab.

8. Empat Jenis Insan

INSAN YANG TAHU, tetapi TIDAK TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang LALAI. Oleh itu, berilah mereka PERINGATAN.

INSAN YANG TIDAK TAHU dan TIDAK TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang BODOH dan DEGIL. Oleh itu, TINGGALKAN mereka.

INSAN YANG TIDAK TAHU dan TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang JAHIL. Oleh itu, AJARLAH mereka.

INSAN YANG TAHU dan TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang BERILMU. Oleh itu, IKUTILAH mereka.

9. Zaman remaja hanya datang sekali dalam hidup kita. Oleh itu laluilah zaman itu dengan penuh keyakinan diri.

10. Gila seorang pengikut, tidak memusnahkan seorang pemimpin. Gila seorang pemimpin, boleh membinasakan seluruh pengikut.

11. Mengalah tidak semestinya kalah. Kalah tidak semestinya mengalah.

12. Berbicara bila perlu adalah lebih baik dari bertutur bila kelu.

13. Tiada siapa yang berjaya dalam hidup tanpa kegagalan dan kesilapan.

14. Cinta kepada kebendaan akan membuat kita lupa kepada kematian.

15. Hina seseorang itu bukan kerana kemiskinannya, tetapi kerana kurangnya adab.

16. Jangan cuba membelah arus, jika berkolek di tengah lautan.

17. Bukannya mudah untuk membuat orang ketawa, tetapi amatlah mudah bagi diri kita ditertawakan.

18. Manusia tidak pernah puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan.

19. Ilmu yang diperoleh sejak kecil akan menjadi taman seumur hidup.

20. Kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kesedihan.



IMBAS VIRUS

BitDefender

· Real Time Virus Reporting
· Virus Alerts
· Virus Map
· Free Online Virus Scan
· Download Evaluation Versions
· Free Products
· Free Removal Tools
· Store

Bitdefender Antivirus Center

customized for ppdbesut
by kings


Utusan Online
·Amalan wakaf mampu jana ekonomi negara
·Bantu jayakan program wakaf al-Quran
·Siaran langsung Parlimen hanya untuk sesi soal jawab, kata Ahmad Shabery
·Abdullah terima kunjungan hormat bekas Presiden India
·Kontrak hadapan KLCI tinggi setakat tengah hari
·Torres jalani pembedahan bahu
·David Villa kekal di Valencia
·Scolari wajar seronok jumpa Spurs
·16,000 nelayan terima inisiatif sara hidup.
·Nazri minta pembangkang tak timbul lagi isu berkaitan Mahathir

read more...

Harian Pendidikan
·Sekolah Cemerlang
·Program Diploma Paramedik di CUCMS
·Guru harus mampu jadi ejen perubahan
·Les Roches, Glion
·Negeri Sembilan, Melaka tentukan juara Pesta Pantun 2008
·R&D: Khasiat kelapa dara
·5,159 sertai Kelab TaHa di Melaka
·Pemidato UPM, UIAM unggul pertandingan akhir Pidato IPT
·Malam Suara Merdeka pupuk semangat patriotik warga UUM
·Convest 08 galak jadi usahawan

read more...

IKLAN
Letakkan iklan/link web anda di sini. RM10 untuk 6 bulan.
Kandungan laman mestilah tidak bercanggah dengan polisi kami.



 
PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Besut tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

TINGKAT 3, BANGUNAN PERSEKUTUAN 22200 BESUT,TERENGGANU
Copyright © 2007 Pejabat Pelajaran Daerah Besut. All rights reserved
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.