 |
There are currently, 21 guest(s) and 2 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
|
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
1. Apakah persamaan di antara negara Brunei dengan Bahrain,Kuwait dan Qatar? Kesemua negara ini tidak mengenakan cukai pendapatan di kalangan rakyatnya.
2. Seekor afid (kutu) kobis boleh menghasilkan anak paling banyak dalam setahun berbanding semua haiwan mahupun serangga di dunia.
3. Secawan susu panas boleh membantu mereka yang menghadapi masalah tidur di waktu malam.Zat kalsium yang terdapat dalam susu boleh membantu menenangkan urat saraf di waktu malam.
4. Monaco adalah negara paling kecil di Eropah. Pesisir pantainya sepanjang 5.6km sahaja. Kepadatan penduduknya adalah tinggi, 39000 orang setiap 2.6km persegi.
|
|
1. Lima tanda sakit jantung : *Kelesuan. *Aktiviti menjadi terhad. *Dada terasa sesak. *Buku lali bengkak atau edema. *Sesak nafas.
2.PENING MIGRAIN Mengikut Persatuan Perubatan Amerika, pening migrain berpunca daripada peningkatan sensitiviti sistem saraf kepada sesuatu makanan ataupun suasana, dan tindak balas yang berlaku memberi kesan negatif kepada pembuluh darah dan saraf pada bahagian kepala, sehingga menyebabkan pening yang kuat. Bagi sesetengah pesakit, pening migrain menyerang apabila mereka mengambil makanan tertentu seperti alkohol, coklat, keju atau cheese, kacang, dadih, ubat perancang, makanan yang dicampurkan dengan monosodium glutamate atau ajinomoto, minuman yang mengandungi kafeina dan daging yang diawet atau preserved meat. Justeru, pesakit-pesakit migrain perlu memilih makanan dan minuman mereka secara bijak.
3. GOUT Gout terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama: * badan menghasilkan lebih asid uric * asid uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan Asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).
|
sementaraSains dan Matematik Tahun 1 - 6 dalam Bahasa Inggeris, dapatkan di ruangan muat turun.
|
|  |
|
Terima Ijazah di usia emas
|
|
KUALA LUMPUR, 11 Ogos
(Bernama) -- Pada usia 66, Gurcharam Kaur akhirnya dapat mengenggam
segulung ijazah selepas terpaksa menangguhkan hasrat tersebut bagi
memberikan tumpuan menjaga ibu bapa dan membesarkan tiga adiknya.
Bekas guru Bahasa Inggeris itu yang masih bujang menerima Ijazah
Sarjana Muda Pengajian Pendidikan TESL (Pembelajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia
(UPM) kali ke-33, di sini hari ini.
|
Posted by raja on Wednesday, August 12 @ 10:13:43 MYT (153 reads)
(Read More... | 2334 bytes more | Score: 0)
|
|
Senarai penuh Menteri dan Timbalan setelah peralihan kuasa berkuat kuasa pada 9 April 2009.
Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk SK Devamany Ahmad Maslan T Murugiah
|
Posted by raja on Thursday, April 09 @ 21:43:30 MYT (483 reads)
(Read More... | 4513 bytes more | Score: 5)
|
|
|
3110 PELAJAR DUDUKI PMR DI BESUT
|
|
Besut, 12 Okt -- Seramai 3110 pelajar dari 16 buah sekolah menengah
bantuan kerajaan di daerah Besut akan menduduki peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula dari 13 hingga 17 Oktober ini.
Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan Yusof Tuan Sulaiman berkata,
kesemua pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan di 22 buah pusat
yang disediakan di daerah ini.
Katanya, jumlah tersebut tidak
termasuk calon-calon dari Sekolah Menengah Agama Negeri (dua buah),
Maktab Rendah Sains Mara (dua buah) dan Sekolah Menengah Imtiaz di Kota
Putera.
Menurutnya lagi, jumlah calon sekolah bantuan kerajaan pada tahun
ini berkurangan 54 orang berbanding tahun lalu seramai 3164 orang dan
3314 orang pada tahun sebelumnya.
Tuan Mohamad Yusof seterusnya
memberitahu PPD telah membuat sasaran 10 peratus daripada calon yang
menduduki peperiksaan itu mendapat keputusan semua A dalam mata
pelajaran yang diambil mereka.
Pada tahun lalu seramai 166 pelajar berjaya mencatatkan keputusan
semua A dan pada tahun sebelumnya mereka yang memperolehi keputusan
cemerlang ialah seramai 171 orang.
Keputusan PMR dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember nanti.
Oleh : ND
|
Posted by raja on Sunday, October 12 @ 12:32:23 MYT (494 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
PORTAL RASMI SK ANAK IKAN
|
|
matskai writes "Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah mengumpul maklumat dan juga menyediakan setting yang terbaik dengan secara rasminya portal SK Anak Ikan berjaya dibina dengan bantuan rakan ICT serta tunjuk ajar group webmaster skai. Antara ciri-ciri portal ini ialah ...."
|
Posted by raja on Wednesday, July 16 @ 10:58:57 MYT (674 reads)
(Read More... | 1340 bytes more | Score: 0)
|
|
|
Berita: Mesyuarat Pengemaskinian Data SMM kali 1/2008
|
|
cg_mie writes " Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Sistem Maklumat Murid(SMM) peringkat Negeri sedang berlangsung di Hotel Megaview, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Mesyuarat yang berlangsung pada 15-17 April 2008 ini adalah bermatlamat untuk mendapatkan satu output data yang kesahihannya boleh mencapai tahap 100%. Namun demikian, masih ada lagi sekolah-sekolah yang mengambil mudah dan memandang remeh terhadap kepentingan data SMM.
Penyediaan data biasiswa sekolah menengah, data murid KWAMP,RMT dan SBT, semuanya mengambil data daripada sistem ini. SMM adalah satu sistem yang mesra pengguna dan patut digunapakai oleh semua pihak untuk memudahkan sistem pengurusan sekolah.
Dalam hal ini, PK HEM / GPK HEM adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kesahihan data SMM diperingkat sekolah.
Mesyuarat SMM yang diwakili oleh Cikgu Khairuddin(SMKTM2),Cikgu Silmi(SMKKB),Cikgu Nor Mazlan(SKK),Cikgu Mohd Fadhil(SKPJ),Cikgu Ahmad Tarmizi(SKKB) dan Cikgu Azmi(SKBT), bertanggungjawab sepenuhnya untuk Data SMM Daerah Besut.
17 April 2008. "
|
|
Berita: PROGRAM KECEMERLANGAN PMR BESUT
|
|
Jerteh 7 Dis -- Seramai 40 orang pegawai dan guru dari
Pejabat Pelajaran Daerah Besut akan mengikuti Program Kecemerlangan Pendidikan
Besut pada 9 dan 10 Disember ini di Pulau Pinang.
Ketua Program, Haji Nordin Mahadi berkata program itu akan membabitkan penyertaan
pegawai dari pengurusan akademik dan guru-guru penyelaras serta pembina modul
soalan peringkat PMR daerah.
Katanya, antara tempat yang akan dilawati peserta termasuklah Pejabat Pelajaran
Daerah Seberang Perai Utara dan Tengah, Pulau Pinang dan Pusat Pengajian Ijazah
Tinggi, Universiti Sains Malaysia (USM) disamping beberapa lokasi sejarah
tempatan.
Menurutnya, program tersebut telah dirancang awal bagi memastikan pengendalian
aktiviti PMR daerah Besut berjalan lancar sebaik sahaja sekolah dibuka pada
tahun hadapan.
Haji Nodin yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan merupakan Penyelaras
PMR daerah menambah pada tahun lalu programn yang seumpana itu diadakan dengan
negeri Johor telah dijadikan sebagai lokasi lawatan.
Jelasnya lagi, melalui program yang diadakan PPD Besut telah berjaya
bertukar-tukar pengalaman disamping mampu mendapatkan tenaga pengajar terbaik
daripada negeri berkenaan untuk program-program yang dijalankan di daerah
ini.
" Sejak tiga tahun mengadakan program tersebut, pencapaian keputusan PMR
daerah Besut telah meningkat setiap tahun dari segi bilangan pelajar yang
mendapat semua A dalam mata pelajaran", kata beliau lagi.
Katanya, pada tahun 2006 seramai 171 pelajar memperolehi staright A di
Besut berbanding dengan hanya 101 pada tahun 2005 dan 98 orang pada
tahun 2004.
Haji
Nodin menjangka jumlah straight A dijangka akan bertambah memandangkan
prestasi yang ditunjukkan pelajar PMR dalam ujian percubaan mereka di
sekolah masing-masing tahun ini.
Kiriman : nd
|
|
KEMBARA MENCARI HARTA KARUN
|
|
Jerteh, 17 Okt (bernama): Koperasi Guru-Guru Melayu Besut Berhad (KGMB) akan menganjurkan Program Kembara Mencari Harta Karun dari Jerteh ke Cameron Highland, Pahang pada 2 dan 3 November ini yang terbuka kepada mereka yang menjadi ahli koperasi tersebut.
.....
|
mosasita writes "Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Kg Baharu akan mengadakan Kem Skor A Fasa II pada 19, 20 dan 21 Julai ini bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
Program 3 hari 2 malam ini melibatkan 78 murid. Sepanjang tempoh tersebut peserta akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan, simulasi peperiksaan,motivasi dan kerohanian. Menurut penyelaras UPSR, En Zulkifly Abdullah, setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM50.00 .
Kem ini dijangka akan berakhir pada jam 2.00 ptg, 21 Julai."
|
|
Berita: PERKHEMAHAN AKADEMIK PMR DAN SPM 2007
|
|
azmi_skbt writes "SMK Tengku mahmud II,Besut telah mengambil langkah yang proaktif untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar .Perkhemahan Akademik yang sedang berlangsung di Kem Seri Kluang,Besut,Terengganu,telah diadakan 2 hari bermula 21-23 Jun 2007.Peserta terdiri daripada semua pelajar PMR dan SPM SMKTM II.
Suasana di Kem Seri Kluang bagai satu perkampungan SMKTM II dengan kemeriahan dan kekuatan semangat ,iltizam pelajar berikrar berjanji untuk menjadi pelajar cemerlang.Pengisian Kem Akademik ialah Ceramah oleh Pakar Motivasi , LDK, Bengkel, Persembahan Pelajar dan riadah.
Semoga pelaksanaan Kem Akademik yang diterajui oleh Pengetua(En.Aziz bin Long)baru SMKTM II ini akan membuahkan hasil dan melonjakkan SMKTM II terunggul di PPD Besut.
Kem Akademik ini dirasmikan oleh YB EN.Nawi Mohd ( Adun Hulu Besut) pada jam 10.00 pagi,23 Jun 2007. "
|
|
Berita: DEMAM PEPERIKSAAN LANDA PELAJAR BESUT
|
|
BESUT: Walaupun peperiksaan masih ada 3 atau 4 bulan lagi untuk
dihadapi tetapi demam peperiksaan sudah pun melanda guru dan pelajar di
negeri Terengganu mulai sekarang.
Dengan peruntukkan berjumlah RM27.4 juta yang dikeluarkan oleh
kerajaan negeri telah membolehkan pelajar mengikuti program yang
dirancang dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan di Terengganu
disamping mengekalkan prestasi terbaiknya dalam UPSR dan meningkatkan
kelulusan bagi PMR,SPM dan STPM lagi pada tahun ini.
Di Besut, semasa tinjauan dibuat didapati pelbagai aktiviti
kurikulum seperti kem motivasi, kem bimbingan dan kem panduan teknik
menjawab soalan peperiksaan telah mula dilaksanakan samada oleh
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu.
Di peringkat sekolah didapati para pentadbir dan pasukan
akademik nyata terlalu sibuk merancang pelbagai program hingga ada yang
membawa murid masing-masing mengikuti program mereka diluar daerah
termasuk bagi yang mendapat tajaan daripada PIBG hingga mampu untuk
melaksanakannya di pusat-pusat peranginan tempatan.
Manakala itu di peringkat PPD pula, Program Kem Perkasa bagi
PMR,SPM dan STPM diadakan dalam dua fasa dengan membabitkan sejumlah
pelajar yang dibimbing oleh guru-guru pilihan termasuk Guru AKRAM
(Angkatan Kerja Rajin dan Mulia) bagi mata pelajaran pilihan.
Sementara itu, di peringkat Jabatan Pelajaran Terengganu pula kem
Perkasa bagi pelajar elit akan bermula bulan depan. Buat masa ini
guru-guru panel mata pelajaran sedang sibuk menyiapkan modul soalan
untuk digunakan oleh pelajar yang menyertai Kem Pelajar Elit itu nanti.
Pujian harus diberikan kepada guru-guru Terengganu yang telah
mengorbankan masa cuti termasuk yang secara sukarela mengajar pada hari
cuti umum dan hujung minggu dengan tanpa paksaan demi kecemerlangan
pelajar masing-masing.
Kiriman: nd
|
|
Berita: Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut
|
|
BESUT: Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Haji Idris Jusoh
berkata beliau akan sentiasa menyokong dan membantu walaupun terpaksa menjadi
perantaraan antara para pendidik Terengganu dengan Menteri Pelajaran, Dato Seri
Hishammudin Tun Hussein dalam memastikan rakyat Terengganu mendapat pendidikan
terbaik.
Katanya, bidang pendidikan perlu diberikan perhatian utama
kerana tidak akan wujud sesuatu tamaddun sesebuah negara itu tanpa pendidikan
yang hebat.
Menurutnya, segala masalah yang dihadapi oleh pendidikan di
Terengganu terutamanya dalam mempertingkat dan memperluaskan bidang pendidikan
boleh dibincangkan supaya perkara tersebut dapat dipanjangkan demi kebaikkan
bersama.
“ Dalam membuat sesuatu program pendidikan kita (kerajaan
negeri) tidak boleh membelakangkan Kementerian Pendidikan dan kerana itulah
segala yang kita buat sentiasa kita laporkan kepada Dato’ Seri Hishammudin”,
katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru dan pelancaran Sistem
e-Pengurusan PPD Besut di dewan SMK Nasiruddin Shah, disini.
Beliau seterusnya memberitahu, penekanan perlu dibuat
terhadap pendidikan kepada kanak-kanak bermula semasa mereka belum dilahirkan
lagi.
Katanya, ini telah terbukti dengan hanya cemerlang dalam
pendidikan semasa peringkat awal kanak-kanak sahaja yang boleh menentukan
mereka maju apabila menjejakkan kaki di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat
universiti.
“ Kerana yakin dengan perkara itulah kerajaan negeri mula
memberikan penekanan kepada pendidikan kanak-kanak di peringkat tadika lagi”,
jelasnya lagi.
Menurutnya, ini termasuklah memastikan setiap 20,000
kanak-kanak kelas tadika anjuran KEMAS maupun Yayasan Islam Terengganu
diberikan pelajaran Bahasa Inggeris dan al-quran supaya mereka terus cemerlang.
Haji Idris berkata, pada tahun lalu seramai 937 kanak-kanak
kelas Tadika di Terengganu telah membuktikan mereka mampu khatam al-quran
diusia 5 hingga 6 tahun dan pada tahun ini angka tersebut akan tambah kepada
seramai 2,000 orang yang akan dilaksanakan pada Hari Nuzul Quran .
Mengenai Sistem e-Pengurusan yang dilancarkan oleh PPD Besut
beliau melahirkan rasa kagum dengan
kemahiran ICT pendidik Besut yang mengendalikannya.
Katanya, e-Pengurusan patut dicontohi jabatan-jabatan lain
di negeri itu kerana ianya bukan sahaja memudahkan tugas malah menjimatkan masa
dan belanja melalui penggunaan teknologi eletronik komunikasi.
Beliau bangga kerana sistem
e-Pengurusan yang digunapakai PPD Besut dalam pentadbirannya itu meletakkannya
sebagai PPD yang kedua menggunakannya di negara ini dan yang pertama di
negeri-negeri Pantai Timur.
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah pada tahun ini dijayakan
dengan meriah melalui pelbagai program yang telah diadakan membabitkan
pertandingan sukan dan majlis tahlil serta sembahyang hajat yang mendapat
sambutan sebilangan besar guru dari seluruh daerah.
Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Hari Guru termasuk YB
Haji Nawi Mohd , ADUN Hulu Besut, YB Haji Ramlan Ali ADUN Jabi, ketua-ketua
jabatan tempatan, Encik Ngah Bidin dari Sektor Kemanusiaan yang mewakili Pengarah
Pelajaran Terengganu dan Penolong Pengarah, Bahagian Aplikasi BTP,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Hajjah Rohimah serta Ketua Pengawai Operasi
MyPresto.com Junairi Junaidi.
Kiriman - nd
|
|
Berita: PKBM(UDARA) KUALA BESUT JUARA KEBANGSAAN
|
|
arzak2002 writes "PADA 26 MEI YANG LALU PKBM UDARA SMK KUALA BESUT LELAKI DAN PEREMPUAN TELAH MEWAKILI BESUT KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI SMK SULTSN ISMAIL KEMAMAN. PKBM UDARA LELAKI TELAH MENDAPAT JOHAN DAN PEREMPUAN MENDAPAT NAIK JOHAN. MENDAPAT ANUGERAH SKUAD LEADER TERBAIK BAGI KADET LELAKI DAN PEREMPUAN.
PADA 5 JUN YANG LALU PASUKAN PKBM UDARA LELAKI TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO PERINGKAT KEBANGSAAN YANG BERLANSUNG DI KAJANG SELNGOR . KADET TUDM KITA TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA KESELURUHAN DAN ANUGERAH SKUAD LEADER TERBAIK KEBANGSAAN.IAITU FLAIT SARJAN KADET MOHD EQRYLRIL FAEZIN TAHNIAH !!!! PKBM UDARA SMKKB ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN KADET TUDM !!!!!!!! "
|
|
Berita: KURSUS/BENGKEL PEMBIMBING EMS MENENGAH DITUNDA
|
|
BESUT: Kursus dan bengkel Sistem Rakan Taulan (Buddy Support System) EMS bagi guru-guru pembimbing sekolah menengah ditunda dari 30 Mei ini kepada 9 Jun depan di dewan Tingkat 4, PPD Besut.
Penyelaras kursus, Haji Nodin Mohadi berkata penundaan tarikh itu terpaksa dilakukan bagi memberi peluang kepada guru-guru yang berkenaan menghadiri kursus dan program yang telah ditetapkan di sekolah masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, kursus dan bengkel bagi sekolah rendah tetap diadakan pada 27 Mei sebagaimana surat arahan yang telah dikeluarkan baru-baru ini.
Beliau juga berharap guru pembimbing yang hadir untuk kursus dan bengkel membawa naskah Modul Pembimbing EMS yang telah dibekalkan ke sekolah sebelum ini. Sekolah juga bertanggungjawab untuk memperbanyakkan naskah tersebut untuk dibawa oleh guru sekolah masing-masing ke kursus dan bengkel tersebut.
Kiriman: nd
|
|
Berita: SEMINAR BAHASA DAN KOMUNIKASI
|
|
BESUT: Semua guru bahasa (Melayu/Inggeris/Arab) dijemput menyertai Seminar Bahasa dan Komunikasi anjuran Universiti Darul Iman (UDM) kampus KUSZA pada 23-24 Jun 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Seminar itu bertujuan mempertingkatkan pengetahuan tentang perkembangan bahasa dan komunikasi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Selain itu ianya juga untuk memantap dan memperbaiki kecekapan berbahasa dan berkomunikasi.
Yang Berbahagia Profesor Emiritus Dato Dr Asmah Haji Omar akan menyampaikan ucaptama manakala Prof Dr Richard Day akan membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk " Peranan bahasa samada Inggeris, Melayu atau Arab dalam komunikasi berkesan".
Turut membuat pembentangan ialah Profesor Emiritus Abdullah Hassan untuk kertas kerja bertajuk " Isu-isu bahasa samada Inggeris, Melayu atau Arab dalam komunikasi berkesan " dan Prof Madya Dr Ab Rahim Ismail pula dengan tajuk "Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Isu, permasalahan dan teknik".
Mereka yang berminat boleh menghubungi Urusetia Seminar, Hjh Azizah Endut,(P) atau Nashirah Hussin(P).
Borang penyertaan boleh didapati dari Pejabat Pelajaran Besut (Hj Nodin Mohadi).
Kiriman : ppd besut
|
Dua tokoh pendidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Naib Canselor UiTM, Dato Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah UiTM Johor, Profesor Madya Dr Zalaluddin Sulaiman akan menyampaikan ceramah motivasi kepada 300 pelajaran SPM dan STPM pada 3 Mei ini bertempat di dewan Tingkat 4, Pejabat Pelajaran Daerah Besut mulai jam 2.00 petang.
Seramai 300 pelajar termasuk guru daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Besut telah dijemput menyertai program motivasi tersebut yang dianjurkan oleh Sektor Akademik, PPD Besut.
Profesor Dr Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya bertajuk " Peluang Pendidikan Untuk Semua " manakala Profesor Madya Dr Zalaluddin pula akan menyampaikan ceramah bertajuk "Cabaran Pendidikan Masakini".
Kiriman: NM PPD
|
|
Berita: Minggu Saham Amanah Malaysia [MSAM] 2007
|
|
mosasita writes "Kuantan, Jumaat 20 Apr.2007 : Minggu Saham Amanah Malaysia [MSAM] 2007 telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak [ Timbalan Perdana Menteri ] di Padang Majlis Perbandaran Kuantan II Jam 10.00 pagi ini.
Dalam Ucapan Perasmiannya TPM antara lain telah menyentuh fenomena pelaburan melalui internet yang sedang hangat diperkatakan hari ini. Beliau menasihatkan semua warga Malaysia agar menjauhinya kerana risiko kerugian yang bakal ditanggung oleh pelabur adalah sangat tinggi sekiranya berlaku penipuan oleh pengendalinya.
MSAM ini berlangsung selama 10 hari dan dijangka akan berjaya menarik 300 ribu pengunjung. Warga Malaysia boleh mengunjunginya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaburan. Acara ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad [PNB].
Antara yang menyertai pameran ini adalah institusi kewangan, Insuran, hartanah, perkhidmatan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Penulis berkesempatan berada di sana atas urusan mengambil anak yang telah tamat pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang.
Rasanya elok kita ambil kesempatan ini untuk meninjau peluang menabung terutamanya untuk pendidikan anak-anak kita. Satu cara yang mudah ialah dengan menyimpan melalui Takaful Ikhlas di mana pelan yang ditawarkan amat baik demi masa depan bangsa kita. Sekiranya para pembaca, ibubapa dan warga pendidik ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi penulis di talian. Semoga perancangan awal yang kita buat akan menyenangkan urusan pelajaran anak-anak nanti.
Sekian. "
|
|
Berita: BULAN PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU
|
|
mosasita writes "Majlis Pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2007 telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu hari ini [ 12 April ] di PSPN Marang.
Upacara perasmian telah di sempurnakan oleh Tn Hj Kassim Hussin [ KPP PSPN Terengganu ] mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu.
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian anugerah Dokumentasi Kembara Siber kepada 4 buah sekolah yang menyertainya iaitu SMS Sultan Mahmud, SMS Dungun, SMKA Sheikh A. Malik dan SMK Matang.
Pengetua, Guru Besar dan Penyelaras Bestari dari semua sekolah Bestari telah hadir dalam majlis tersebut. Satu ceramah " IT Talk " oleh DR Mona Masood dari USM Pulau Pinang diadakan selepas minum pagi. Peserta juga dihidangkan dengan multimedia hasil kerja sekolah Bestari yang menjadi johan pertandingan iaitu dari SMKA Sheikh A. Malik.
Majlis berakhir jam 1.30 ptg.
Catatan : Mosasita. "
|
rasuha68 writes "Anda mungkin terlupa hari anda dilahirkan. Untuk mengetahui hari anda dilahirkan sila klik [posted by:rasuha68]"
|
Posted by raja on Thursday, March 29 @ 16:09:18 MYT (549 reads)
(Read More... | Score: 5)
|
|
|
Hidup Cemerlang Tanpa Dadah
|
|
mosasita writes "Perasmian Minggu Kempen Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Hj Ramli b Yaacob, Guru Besar SKKgB di Dataran Ilmu pada pagi ini.
Kempen ini akan berlangsung dari 25 hingga 29 Mac. Sepanjang minggu ini berbagai acara telah disediakan oleh Jawatankuasa Sambutan Kempen.
Majlis dimulai dengan bacaan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Jasmi Mat Jusoh. Dalam ucapannya Guru Besar telah mengingatkan murid tentang bahaya dadah, punca-punca terlibat dan cara mengatasinya. Beliau menasihatkan semua murid agar mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang disebarkan sempena minggu kempen ini.
Sebelum itu ketika merasmikan majlis beliau telah melepaskan seekor burung merpati sebagai simbol kebebasan dari dadah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur En Khairul Abidin Ibrahim berkata, sepanjang minggu ini banyak program telah disusun. Antara akitviti yang telah diatur adalah :
Isnin [ 26/03 ] Edaran borang / kertas pertandingan mewarna tahap 1.
Edaran borang / tema pertandingan melukis poster tahap 2.
Edaran tajuk-tajukpertandingan menulis karangan Bahasa Melayu tahap 2.
Selasa [ 27/03 ] Pameran Anti Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan [ AADK ] Besut.
Tayangan Video Anti Dadah oleh AADK kepada para dif jemputan dan ibubapa.
Rabu [ 28/03 ] Pameran Anti Dadah dibuka kepada murid ikut jadual. Tayangan Video Kepada murid di Dewan Ilmu.
Khamis [ 29/03 ] Perasmian Penutup"
|
Posted by raja on Wednesday, March 28 @ 00:12:07 MYT (1582 reads)
(Read More... | Score: 1)
|
|
Pengguna writes "Penggunaan smssekolah merupakan satu inovasi baru dalam mempercepatkan komunikasi sesuai dengan perkembangan teknologi telefon bimbit pada masa kini.Sekolah-sekolah di Daerah Besut telah boleh menggunakan perkhidmatan ini secara uji rintis dari 5 Mac 2007 hingga 31 Mac 2007.Terima kasih kepada mypressto.com yang memberi kemudahan ini. Melalui Modul kehadiran, disiplin ,peperiksaan yang disediakan pihak sekolah dan para ibu bapa / penjaga akan dapat mengetahui perkembangan anak jagaan mereka sewaktu berada di sekolah.PERSOALANNYA 1) Adakah pentadbir di sekolah boleh menerima kaedah penyampaian maklumat sebegini? 2) Adakah para ibu bapa sanggup mengorbankan RM 3 sebulan ( 10 sen sehari ) untuk mengetahui perkembangan anak mereka? 3) Adakah orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah menghantar berita perkembangan sekolah dan modul berkenaan kepada ibu bapa / penjaga? 4) Tepuk dada tanya .......?"
Note: Sebarang pertanyaan sila e-mail : epengurusan.ppdbesut@gmail.com
|
Posted by raja on Friday, March 23 @ 00:00:00 MYT (361 reads)
(Read More... | Score: 3.25)
|
|
|  |
|
There isn't a Biggest Story for Today, yet.
|
|
Currently there is a problem with headlines from this site
|
1. Semakin tinggi tahap keangkuhan seseorang, semakin rendah tahap moralnya.
2. Baik buruk seseorang dinilai dari segi tingkah laku, pertuturan serta pemikirannya, bukan dari segi kehandalannya.
3. People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL!
4. Manusia, bila sudah senang, sering lupa dan leka. Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan
5. Lebih baik berdiam dari, daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
6. Kegagalan itu satu pengalaman yang harus diperbaiki untuk mencapai kejayaan.
7. Ilmu adalah satu anugerah.Menuntutnya adalah satu kewajipan. Mengajarnya adalah satu tanggung jawab.
8. Empat Jenis Insan
INSAN YANG TAHU, tetapi TIDAK TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang LALAI. Oleh itu, berilah mereka PERINGATAN.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TIDAK TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang BODOH dan DEGIL. Oleh itu, TINGGALKAN mereka.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang JAHIL. Oleh itu, AJARLAH mereka.
INSAN YANG TAHU dan TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang BERILMU. Oleh itu, IKUTILAH mereka.
9. Zaman remaja hanya datang sekali dalam hidup kita. Oleh itu laluilah zaman itu dengan penuh keyakinan diri.
10. Gila seorang pengikut, tidak memusnahkan seorang pemimpin. Gila seorang pemimpin, boleh membinasakan seluruh pengikut.
11. Mengalah tidak semestinya kalah. Kalah tidak semestinya mengalah.
12. Berbicara bila perlu adalah lebih baik dari bertutur bila kelu.
13. Tiada siapa yang berjaya dalam hidup tanpa kegagalan dan kesilapan.
14. Cinta kepada kebendaan akan membuat kita lupa kepada kematian.
15. Hina seseorang itu bukan kerana kemiskinannya, tetapi kerana kurangnya adab.
16. Jangan cuba membelah arus, jika berkolek di tengah lautan.
17. Bukannya mudah untuk membuat orang ketawa, tetapi amatlah mudah bagi diri kita ditertawakan.
18. Manusia tidak pernah puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan.
19. Ilmu yang diperoleh sejak kecil akan menjadi taman seumur hidup.
20. Kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kesedihan.
|
Letakkan iklan/link web anda di sini. RM10 untuk 6 bulan.
Kandungan laman mestilah tidak bercanggah dengan polisi kami.
|
|
|