USAHA MENANGANI KEMALANGAN JALAN
RAYA MELALUI PENDIDIKAN
Oleh:
Nodin Mohadi (Roslan Adi)
Isu keselamatan jalan raya sering diperkatakan dari peringkat rakyat di kampung
hinggalah ke peringkat Menteri tetapi sehingga kini masih belum ada formula
konkrit ditemui bagi mengatasinya.
Sehingga sekarang, yang hanya mampu dilakukan oleh agensi-agensi yang
bertanggungjawab ialah mengadakan kempen dan operasi (OPS) yang tidak dinafikan
sedikit sebanyak berjaya mengurangkan angka kematian dan kemalangan berbanding
hari-hari biasa.
Namun begitu jumlah keseluruhan kemalangan yang berlaku sepanjang tahun dalam
negara masih lagi membimbangkan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choi pernah mengumumkan dalam
satu majlis perasmian kempen keselamatan jalanraya bahawa kadar kematian akibat
jalan raya di Malaysia kini berada sama paras dengan negara-negara Eropah
seperti Itali dan Belgium dan kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura yang
mencatatkan kadar kematian 3.5 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar.
Kenyataan yang positif turut diberikan Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman,
Dato Nooryah Mohd Anvar baru-baru ini dengan menyatakan PDRM berjaya menurunkan
sebanyak 19 kes atau 8.4 peratus angka kematian akibat kemalangan jalan raya
selepas tiga tahun OPS Sikap dilaksanakan yang menunjukkan satu petanda baik.
Katanya, secara keseluruhan kematian melibatkan penunggang dan pembonceng
motosikal telah menyusut sebanyak 27 orang manakala semua jenis bas mencatatkan
“sifar kematian”.
Namun begitu mengikut perbandingan , tambahnya,jumlah kemalangan semasa OPS
Sikap 12 ialah 14,930 kemalangan berbanding 13,152 kemalangan dalam OPS Sikap
11.
Dan dari jumlah itu
penunggang dan pembonceng motosikal menjadi korban terbesar dengan jumlah 58.5
peratus iaitu seramai 121 kematian, pemandu dan penumpang kereta seramai 43
orang, pejalan kaki 20 kematian, penunggang basikal 6 orang, van 3 kematian dan
lain-lain kenderaan 8 kematian.
Dari segi pelanggaran
undang-undang jalan raya pula, jelasnya, sebanyak 185,966 saman trafik telah
dikeluarkan sepanjang 15 hari OPS itu diadakan berbanding 159,870 yang
dikeluarkan sepanjang Operasi Sikap 11 tahun lepas.
Adakah kenyataan-kenyataan
itu membuktikan bahawa kadar kematian akibat
kemalangan jalan raya di
Kalau kita
mengambil kira perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya
dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mungkin kita mampu membuat penilaian sendiri.
Mengikut statistik yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia berdasarkan angka yang diperolehi
daripada PDRM pada dari tempoh Januari hingga Februari tahun 2005 dan 2006
jumlah bilangan kemalangan yang berlaku telah mengesahkan kadar kemalangan
bukan sahaja bertambah malah jumlah kematian juga turut meningkat.
Misalnya pada Januari hingga
Februari 2005, statistik polis yang diperolehi daripada Kementerian
Pengangkutan menunjukkan jumlah kes kemalangan seluruh negara adalah sebanyak
50,143 kes berbanding dengan tempoh yang sama berikutnya yang meningkat kepada
54,107 kes.
Manakala itu jumlah kematian
di seluruh negara yang dicatatkan dari Januari hingga Februari 2005 adalah
sebanyak 1001 orang yang juga meningkat kepada 1057 orang pada tempoh yang sama
pada tahun 2006.
Jumlah ini
tidak termasuk bilangan yang parah dari tempoh Januari-Februari 2005 (1410
orang) dengan sebanyak 1522 orang pada tahun berikutnya pula.
Jumlah statistik yang
ditunjukkan pada OPS SIKAP ke 9 sempena Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidil
Fitri 2005 yang diadakan selama 15 hari juga amat mengejutkan apabila sejumlah
233 kematian dilaporkan berbanding pada OPS SIKAP ke 10 sempena Tahun Baru Cina
2006 yang hanya berkurang sedikit kepada 229 kematian.
Dan daripada jumlah itu
stastistik juga menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan
jumlah teramai terbunuh dengan 141 orang pada OPS ke 9 dan jumlah itu meningkat
kepada 149 orang pada OPS yang berikutnya pula.
Ia diikuti pula dengan
pemandu dan penumpang kereta sebanyak 54 orang pada OPS ke 9 dan menurun
sedikit kepada 49 kes pada tahun OPS ke 10 dijalankan.
Dan jika ditinjau pada
keseluruhan jumlah kematian yang berlaku sepanjang tahun pula bilangan ini
tidak pernah berkurangan apabila didapati pada tahun 1994 mencatatkan jumlah
kemalangan seluruh negara
sebanyak 148,801 kes dengan membabitkan 5159 kematian dan
meningkat lagi pada tahun 2000 dengan berjumlah 250,429 kes dengan 6,035
kematian dan seterusnya bertambah kepada 328, 268 kes pada tahun 2005 dengan
6188 kematian pula.
Statistik juga menunjukkan
jalan bandaran merupakan lokasi tertinggi berlakunya kemalangan jalan raya
dengan mencatatkan sebanyak 5314 kes pada OPS Sikap ke 9 dan meningkat lagi
5779 pada OPS ke 10 dan jalan
persekutuan pula mencatatkan bilangan
3869 kes kemalangan pada OPS ke 9 dan 3076 kes pada OPS Sikap ke 10.
Angka
statistik yang ditunjukkan bukan sahaja merungsingkan semua pihak malah nampaknya
usaha yang berterusan perlu digerakkan melalui pelbagai bentuk tindakan
undang-undang dan OPS bagi menyedarkan pengguna jalan raya.
Bagi memastikan kesan yang
lebih mendalam dalam menangani masalah ini akhirnya melalui perbincangan dan
mesyuarat di peringkat Jawatan Kabinet,satu resolusi
diterima semua pihak yang bertanggungjawab dengan bersetuju pada dasarmya bagi
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan cara menerapkan
pendidikan keselamatan kepada rakyat yang bermula daripada generasi muda di
bangku sekolah.
Justeru Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia telah
cuba memperkenalkan projek rintis Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di daerah
Pasir Mas, Kelantan yang mana telah membuahkan keputusan baik apabila Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet mengenai keselamatan jalan raya yang diadakan pada 15 Mei
2006 telah bersetuju dengan program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk dimulakan
di sekolah mulai 2007.
Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Keselamatan
Jalan raya yang di pengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
Dato Dr Ahmad Sipon pada 16 Ogos 2006 pula telah menetapkan pelaksanaan status
rintis untuk murid sekolah rendah tahun satu yang membabitkan 1000 buah sekolah
di seluruh negara dimulakan April tahun ini.
Kementerian Pengangkutan
melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan bertindak sebagai Urusetia manakala
Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) dan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) akan terlibat secara langsung
dalam pelaksanaannya.
Sekolah-sekolah yang dipilih
mejalankan program rintis PKJR pertama oleh KPM ialah sekolah-sekolah di daerah
Muar (Johor), Jasin (Melaka), Port Dickson(Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang),
Pasir Putih (Kelantan), Besut (Terengganu), Kulim (Kedah), Manjung (Perak),
Seberang Prai (Pulau Pinang), Kuala Selangor (Selangor), Sentul (Wilayah
Persekutuan), Kota Kinabalu(Sabah), Miri (Sarawak) dan seluruh sekolah di
Perlis.
Matlamat
Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini ialah untuk membentuk generasi
baru pengguna jalan raya yang berhemah dalam usaha mempertingkatkan tahap
keselamatan jalan raya di
Pelaksanaan PKJR yang akan diperkenalkan itu nanti akan diterapkan dalam subjek
Bahasa Melayu dan akan diajar dalam satu waktu seminggu.
Modul PKJR yang dibina
bersama oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM itu akan
digunakan oleh setiap sekolah manakala satu pusat rujukan akan disediakan oleh
JKJR bagi menjawab sebarang masalah yang timbul dalam pelaksanaannya nanti
khususnya dari aspek teknikal keselamatan jalan raya.
Terdapat tiga objektif utama
pada program ini iaitu diharapkan murid yang mengikuti program PKJR itu nanti akan
a)
melintas jalan raya dengan cara yang betul dan melintas
di tempat yang selamat
b)
mengenali tanda-tanda isyarat jalan yang penting dan
mengelakkan sebarang yang tidak wajar di kawasan-kawasan yang merbahaya, dan
c)
mengetahui kekurangan atau kelemahan diri dan mengambil
langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan jalan
raya.
Buat masa ini lebih 2000 orang guru Tahun satu sekolah-sekolah di
daerah Rintis Program ini sedang
mengikuti kursus khas yang dikendalikan oleh PPK dan JKJR dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran serta konsultan yang dilantik Innovate Solutions (IS) di
seluruh negara bermula 17 Januari lalu dan akan berakhir 12 April depan sebelum
PKJR dimulakan selama 6 bulan.
Satu laporan keberkesanan akan disediakan oleh Universiti Putra Malaysia
(UPM) bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum hasilnya dibentangkan
kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelajaran bagi menentukan tindakan bagi
tahun-tahun berikutnya kelak.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan semoa hasrat kerajaan melalui
strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Keselamatan Jalan raya 2006-2010
yang telah mengenal pasti pendekatan pendidikan sebagai strategi pertama dalam
mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia akan mampu dicapai.
End/ND ….. 23 April 2007