Beberapa petunjuk komputer terkena virus
Penggunaan sistem
rangkaian dan internet menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus.
Perisian antivirus yang tidak dikemaskini juga selalu menyumbang kepada
merebaknya serangan virus.
Kita perlu berwaspada setiap masa dan jangan mengabaikan ‘perintah’
mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita
telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak
akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini
adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai
ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.
Bagi yang pernah mengalami serangan virus, mungkin mereka sudah arif tentang
petanda-petanda bahawa sistem PC telah dijangkiti. Bagi yang belum pernah
mengalaminya, saya senaraikan beberapa
simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus. Jadi, jika anda pernah
mengalami salah satu dari petanda dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan
ke atas sistem dengan kadar yang segera.
Petunjuk serangan virus
|
1. |
PC
menjadi hang selepas dibuka. |
|
2. |
Keupayaan
atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail
yang hendak dibuka terlalu perlahan. |
|
3. |
Keluar
mesej ‘Out-of-memory error’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang
mencukupi. |
|
4. |
Sistem
operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah
menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry. |
|
5. |
Sistem
operasi Windows tidak boleh dilarikan disebabkan fail-fail penting yang
digunakan untuk melarikan sistem ini hilang secara tiba-tiba. |
|
6. |
|
|
7. |
Terdapat
proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber
CPU. |
|
8. |
Kita
tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru. |
|
9. |
Windows
tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali. |
|
10. |
Utiliti
cakera seperti Scandisk melaporkan banyak ‘error’ pada cakera selepas
melakukan imbasan cakera. |
|
11. |
Program
atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba. |
|
12. |
Drive
partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakera liut tiba-tiba sahaja hilang. |
|
13. |
Menerima
e-mel yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil contohnya mengandungi dua
ekstensi. |
|
14. |
Perisian
antivirus hilang secara tiba-tiba. |
|
15. |
Perisian
antivirus tidak boleh diinstal. |
|
16. |
Dialog
box terpapar pada skrin secara tiba-tiba. |
|
17. |
Sistem PC
berjalan dengan sendirinya misalnya tetikus menunjuk kesesuatu, membuka dan
menutup tray CD-ROM dan sebagainya. |
|
18. |
Penunjuk
tetikus berubah imej dan grafik. |
|
19. |
Ikon-ikon
ganjil terpapar pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum
ini. |
|
20. |
Muzik
atau sebarang audio tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya. |
|
21. |
Saiz
sesuatu fail berubah walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini. |

Petunjuk serangan Trojan
Menurut syarikat
keselamatan Internet, program Trojan Horse tidak boleh menyalin dirinya, tetapi
ia boleh memusnahkan atau mengancam keselamatan komputer pengguna. Pada
dasarnya, program ini tidak boleh menghantar dirinya, tetapi individu tertentu
seperti penggodam ('hacker') boleh mengirimnya melalui e-mel kepada komputer
anda. Jika komputer anda mengalami gejala berikut, ada kemungkinan ia telah
dijangkiti.
|
1 |
Banyak
Trojan memiliki keupayaan membuka dan menutup dulang ('tray') CD-ROM komputer
anda. Trojan seperti Netbus dan SubSeven merupakan trojan popular yang
membolehkan perintah seperti ini. |
|
2 |
Apabila
anda berjaya dijangkiti Trojan, penggodam boleh menjadikan skrin komputer
anda berkelip, diterbalikkan ke bawah, atau tunggang-langgang supaya apa
sahaja yang dipaparkan menjadi terbalik. |
|
3 |
Penggodam
yang menggodam secara terang-terangan mungkin mampu mengubah latar 'desktop'
atau 'wallpaper' yang telah anda tetapkan. Ini biasanya boleh dilakukan
dengan menggunakan gambar yang ditemui pada komputer anda atau yang
dipindahkan ('upload') oleh penggodam kepada komputer anda. |
|
4 |
Jika
penggodam memiliki capaian penuh terhadap komputer anda, mereka boleh
mengakses pencetak anda dan mencetak mesej-mesej peribadinya atau mencetak
dokumen yang ditemui dalam folder anda. |
|
5 |
Trojan
juga membolehkan penggodam untuk melancarkan atau menggunakan pelayar Web dan
pergi ke mana-mana laman Web yang mereka pilih sedari awal - penggodam
menentukan laman tersebut. |
|
6 |
Trojan
yang berjaya menjangkiti komputer pengguna membolehkan penggodam mengubah
ketetapan warna Windows. Mereka mungkin menukarkan warna itu menjadi sebarang
warna yang mereka pilih. |
|
7 |
Penggodam
boleh menetapkan 'screen saver' anda agar menayangkan mesej peribadinya
kepada anda. |
|
8 |
Penggodam
boleh menukarkan fungsi bebutang tetikus. Contohnya, dengan mengklik bebutang
kanan akan memaparkan apa yang boleh dilakukan dengan mengklik bebutang kiri
dan begitulah sebaliknya. |
|
9 |
Kadangkala
tetikus dimatikan terus. Apabila ini berlaku, ikon 'anak panah' tetikus boleh
lenyap terus. |
|
10 |
Penggodam
boleh mengawal penunjuk tetikus anda. Contohnya mereka boleh mengklik pada
ikon dan memulakan program tertentu seolah-olah mereka duduk di atas kerusi
yang berdepan komputer anda. |
|
11 |
Penggodam
boleh mengubah konfigurasi tetikus anda agar ia meninggalkan jejak apabila
digerakkan. |
|
12 |
Jika anda
mempunyai mikrofon yang sedang dihubungkan kepada komputer anda, maka
penggodam boleh merekod dan mendengar apa yang berlaku di dalam bilik anda.
Kadangkala, penggodam mampu untuk memainkan kembali fail-fail bunyi apabila
mereka mengetahui anda berada dalam bilik tersebut. |
|
13 |
Kadangkala
penggodam mampu menggerakkan pelaras bunyi (volume) untuk menarik perhatian
anda. |
|
14 |
Penggodam
boleh menjadikan bebutang Start Windows anda tersembunyi dari pandangan mata
anda. |
|
15 |
Apabila
telah dijangkiti Trojan, penggodam boleh mematikan atau memulakan program pada
komputer anda. Selalunya perisian anti-virus akan dikeluarkan, kemudian
komponennya diubah atau dipadam. |
|
16 |
Sesetengah
Trojan mengizinkan penggodam menaipkan apa yang mereka hendak perkatakan
kepada anda melalui kekotak, kemudian menjadikan komputer itu seperti
'bercakap' dengan anda. Jika kamera Web dan mikrofon turut digunakan, mereka
mungkin boleh melihat gelagat dan mendengar suara anda. |
|
17 |
Anda
jangan terkejut, jika ada penggodam yang boleh mengarahkan komputer anda agar
memberitahu kandungan teks di dalam 'clipboard' anda dan menyisipkan teks
baru/lain ke dalam clipboard tersebut. |
|
18 |
Trojan
boleh mengizinkan penggodam menampilkan kekotak sembang - warna hitam,
bersegi empat - pada ketika di mana anda tidak boleh berbuat apa-apa
melainkan menaip ke dalam kekotak tersebut. Penggodam mungkin membalasnya
kembali, atau sekadar membiarkan kekotak itu untuk menghalang anda daripada
mengakses program komputer dan memperkecilkan tindakan yang anda |
|
19 |
Komputer
anda mungkin menghasilkan kekotak amaran atau soalan asing. Selalunya, ini
berupa mesej peribadi yang ditujukan kepada anda dan pertanyaan dengan
pilihan Yes atau No atau OK untuk diklik. |
|
20 |
Anda
mungkin pernah menerima aduan daripada pihak ISP (pembekal yang menyediakan
perkhimatan Internet) yang mendakwa bahawa komputer anda mengalami
pengimbasan IP (Internet Protocol). Jadi, penggodam boleh menggunakan
komputer anda untuk menyerang, menghantar e-mel atau mengimbas komputer lain
yang dijangkiti. Kemudiannya, anda barangkali menerima e-mel dari pembekal
khidmat Internet yang mengingatkan anda bahawa akaun anda akan dimatikan jika
aktiviti tersebut diteruskan. |
|
21 |
Penggodam
boleh memperolehi maklumat peribadi mengenai diri anda dengan membaca
dokumen-dokumen tertentu pada komputer anda seperti resume, rekod kewangan, |
|
22 |
Apabila
komputer dijangkiti Trojan, penggodam bukan sahaja boleh melihat apa yang
anda taipkan, malah setiap mesej yang dihantar menerusi program ICQ, IRC, AIM
dan Yahoo Pager. Jika seseorang bercakap dengan anda seperti tahu apa yang
anda perkatakan dengan pengguna lain secara persendirian atau sulit ketika
menggunakan satu daripada program sembang di atas, maka anda mungkin
dijangkiti. |
|
23 |
Sekiranya
anda menghubungkan kamera Web, penggodam mungkin mampu 'menghidupkannya'
tanpa anda sedari dan memantau aktiviti anda dan melihat benda-benda yang
menjadi latar kamera Web itu. |
|
24 |
Penggodam
juga boleh mengubah masa dan tarikh pada komputer anda mengikut kehendak
mereka. Selalunya ia dilakukan untuk menarik perhatian anda dan mengubahnya
agar menjadi ekstrim. Mereka mungkin mahu menarik perhatian anda agar merujuk
ketetapan masa atau tarikh pada komputer anda. |
|
25 |
Penggodam
juga boleh mengubah ketetapan pembesar suara komputer anda agar dibuka atau
ditutup. |
|
26 |
Jika
komputer anda dijangkiti Trojan, maka penggodam juga boleh menyebabkan
komputer dimatikan. |
|
27 |
Selain
mematikan komputer, penggodam boleh melenyapkan bahagian 'taskbar' dari
pandangan mata. |

Sekian, jumpa lagi.
Kings
SMKT
Rujukan: Laman MPC.